KOTA BHARU: Kelantan akan mengadakan jamuan rakyat di Parlimen Tumpat dengan menumbang 20 ekor lembu awal bulan depan, susulan kemenangan PAS di Parlimen itu dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diberikan lima ekor lembu untuk jamuan berkenaan.
"Kita sudah berbincang dan menyerahkan kepada Parlimen Tumpat untuk jamuan berkenaan bagi menghargai pengundi, petugas pilihan raya serta menunaikan janji.
"Alhamdulillah kesemua 20 ekor lembu berkenaan didermakan oleh orang ramai yang kebanyakannya adalah individu.
"Mereka secara sukarela memaklumkan mahu mendermakan lembu dan setakat ini 20 ekor lembu sudah mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.
Pada PRU15, Datuk Mumtaz Md Nawi dari PAS memenangi kerusi Parlimen Tumpat dengan majoriti 34,793 undi, menewaskan empat pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PEJUANG dan WARISAN.
Media sebelum ini melaporkan, PAS Kelantan berjanji akan menyembelih 20 ekor lembu sekiranya Parlimen Tumpat dimenangi parti itu dengan mendapat majoriti 20,000.
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment