KUALA LUMPUR : Laungan ‘undur-undur, undur Zahid’ terus bergema di Menara Datuk Onn apabila kira-kira 20 orang penyokong parti itu berkumpul bagi meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan.
Difahamkan, desakan itu dibuat penyokong daripada UMNO Bahagian Bukit Bintang dan UMNO Bahagian KLCC selepas Ahmad Zahid gagal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keadaan itu berikutan BN mencatatkan kemenangan kerusi paling rendah dalam sejarah apabila hanya memenangi sebanyak 30 kerusi Parlimen sahaja.
Menurut Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib, kegagalan UMNO pada PRU15 harus digalas oleh Ahmad Zahid selaku ‘kepala’ kepada parti keramat orang Melayu itu.
“Bukan kita tidak sayang Ahmad Zahid, kita hormati dia tetapi seseorang perlu ‘pay the price’. Dalam hal ini, beliau kena ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kegagalan BN buat kali kedua,” katanya.
Setakat kini, keadaan di Menara Dato’ Onn masih ramai dengan para media yang menunggu perkembangan terkini mengenai hala tuju UMNO BN sama ada ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan. –UTUSAN
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment