PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca baik di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan pada pagi hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-15.
Jabatan itu meramalkan tiada hujan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak pada pagi Sabtu ini.
Tetapi, ribut petir dan hujan diramalkan berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang, khasnya negeri Pantai Timur dan utara, iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Labuan juga diramalkan mengalami ribut petir di beberapa tempat pada pagi dan petang Sabtu ini, menurut Bernama.
Di Malaysia Timur, ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman Sarawak pada waktu petang, manakala Sabah dijangka mengalami ribut petir di satu, dua tempat pada pagi dan petang.
Suhu di seluruh negara diramalkan sekitar 22 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius pada Sabtu ini.
Sumber I FMT Malaysia
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment