KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dikatakan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan, tanpa kerjasama Pakatan Harapan (PH).
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee memberitahu media di luar kediaman Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang ini.
Teck Lee yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga menyokong gabungan PN untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.
"PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan pusat, termasuk dari BN," katanya.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir dalam pertemuan dengan Muhyiddin.
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 semalam menyaksikan PN memenangi 73 kerusi Parlimen, blok kedua terbesar selepas PH dengan 82 kerusi.
Sementara itu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata perbincangan mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan hampir selesai, namun enggan mengulas lanjut.
Beliau ditemui ketika meninggalkan kediaman Muhyiddin sebentar tadi.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment