NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAH sokong kelonggaran SOP individu lengkap vaksin melancong

John Teo, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cabang Sarawak
KUCHING: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 pada Ahad, sudah tentu melegakan pemain industri hospitaliti.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cabang Sarawak John Teo (gambar) berkata sektor perhotelan dan pelancongan telah terjejas teruk selama hampir dua tahun sejak pandemik COVID-19 melanda negara memaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan pada 18 Mac 2020.

"Bagi industri hospitaliti dan pelancongan, sudah tentu pengumunan Perdana Menteri itu berita baik buat peman-pemain. Ini kerana industri ini sangat terjejas, rata-rata pemain tiada punca pendapatan dan amat sukar mempertahankan perniagaan malah ada yang terpaksa memberhentikan pekerja.

"Dengan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, sekurang-kurangnya pemain industri boleh merancang bagaimana mengendalikan perniagaan masing-masing dengan SOP baharu ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan kerajaan persekutuan membenarkan aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan inap desa dan hotel untuk penerima lengkap dua dos vaksin.

Teo berkata pemain sektor perhotelan khasnya juga harus memastikan semua pekerja mereka sudah menerima dua dos vaksin dan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera setiap kali datang bekerja selain mematuhi SOP sedia ada seperti memakai pelitup separuh muka, menjaga kebersihan diri dan penjarakan fizikal.

Bagi pelanggan mahupun tetamu katanya, mereka harus membuktikan mereka sudah melengkapkan dua dos vaksin dengan menunjukkan sijil digital dalam MySejahtera.

"Mereka yang tidak menepati kretaria ini, tidak dibenarkan bekerja atau menginap di hotel mahupun inap desa, dine-in di restoran dan sebagainya.

"Ini penting untuk memastikan semua orang berasa selamat dan mengurangkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja juga pelanggan," ujarnya.

Beliau juga percaya kebenaran merentas daerah dan negeri diberikan kepada individu lengkap dos vaksin akan mengaktifkan semula aktiviti pelancongan dan ekonomi yang lain.

"Ramai yang tidak ke mana-mana untuk tempoh agak lama, semua orang sangat teruja untuk keluar walaupun hanya dalam negeri merehatkan minda selama beberapa hari.

"Namun sudah tentu mereka harus mematuhi SOP dengan ketat kerana pandemik ini belum lagi berakhir.

"Kita perlu ingat bukan kerana kelonggaran ini kita sudah selamat, sebaliknya kita belum selamat sepenuhnya, ia perlu dilakukan bagi mengelak ekonomi negara bertambah buruk," ujarnya.

Sumber : Utusanborneo



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo