“Mesyuarat tergempar biro politik UMNO malam ini adalah untuk memastikan apa sahaja tindakan yang akan dilakukan UMNO di Perak akan bersesuaian dengan dasar dan ketetapan parti.
“Ini penting kerana, ketetapan parti setakat ini dengan jelas menyatakan bahawa mereka (UMNO) tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PKR.
“Saya kira, bagi membolehkan UMNO bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah membentuk kerajaan negeri Perak, maka UMNO harus mengubah dasarnya,” kata Hamidin dalam temu bual bersama Buletin AWANI hari ini.
Beliau juga berpandangan, tentangan dari dalam parti sendiri merupakan halangan terbesar buat UMNO dalam membentuk kerajaan baharu dengan PH di Perak.
“Saya melihat, tekanan untuk UMNO nanti akan datang bukan sahaja daripada parti-parti yang membentuk Perikatan Nasional, tetapi dari dalam UMNO sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya UMNO berjaya membentuk gabungan baharu dengan PH, ia merupakan sebuah kerajaan yang sangat kukuh kerana mempunyai sokongan dua pertiga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, katanya, kejayaan dalam membentuk kerajaan gabungan baharu tersebut bukan sahaja mengubah penjajaran politik di Perak, malah juga di peringkat persekutuan.
“Di peringkat persekutuan, pengundian untuk belanjawan masih berlangsung sehingga 17 Disember.
“Saya kira apa yang berlaku di Perak akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada penjajaran (politik) yang berlaku terutamanya dalam konteks kelulusan Belanjawan 2021,” katanya.
Kemelut politik negeri ini bermula selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada sidang DUN, Jumaat lepas.
Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Pada Ahad, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan.
Di samping itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di Perak.
Kata Nga, demi kepentingan rakyat, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/politik-perak-umno-perlu-tukar-dasar-jika-ingin-kerjasama-dengan-ph-penganalisis-272002

No comments
Post a Comment