NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga jangkaan Pixel terbaharu Google



KEDUDUKAN syarikat teknologi Google sebagai pengeluar peranti semakin kukuh sejak beberapa tahun lalu terutamanya menerusi model Pixel dan Pixel XL. 

Malah, pengumuman Pixel sering dinantikan sejak ia mula diumumkan pada 2016 memandangkan model berkenaan sering kali menjadi penanda aras baharu dalam teknologi telefon mudah alih. 

Cakap-cakap terkini membayangkan model terakhir Pixel, Pixel 3 dijangka diganti dengan Pixel 4 dan Pixel 4 XL di mana kedua-dua telefon pintar ini dijangka bakal meneruskan penguasaan Android sebagai OS mudah alih paling popular di dunia.

Dalam pada itu, wujud spekulasi Google akan menjual versi Pixel 3 dan Pixel XL pada harga yang lebih murah.

Digelar oleh pemerhati industri sebagai Pixel 3 Lite dan Pixel 3 XL Lite, model ini dijangka memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli 'mid-range'.

Berikut adalah tiga jangkaan utama mengenai Pixel 4:

1. Kemampuan dwi-sim yang lebih baik

Ciri dwi-SIM mula diperkenalkan Pixel menerusi Pixel 2 lagi, namun ciri dwi-sim terbaharu ini akan membolehkan dua talian diaktifkan serentak.

Bagaimanapun ini tidak bermakna panggilan telefon dapat dilakukan secara serentak pada kedua-dua talian.

2. Pixel 4 akan dikuasakan oleh Android Q

Seperti mana model Pixel terdahulu, ia akan menggunakan kemas kini OS Android terbaharu.

Memandangkan Google OS dinamakan secara turutan abjad, maka kemas kini OS terbaharu ini dijangka dikenali sebagai Android Q sebelum satu nama khusus diberikan kepadanya.

Ia dikatakan bakal dilengkapi dengan mod gelap yang lebih menyeluruh, ciri-ciri 'permission' yang baharu dan pengenalan wajah yang dipertingkat.

3. Pixel 4 mungkin dilancar pada Oktober

Sudah menjadi kelaziman sejak pelancaran Pixel model pertama lagi pada 2016 yang menyaksikan Google melancarkan peranti itu pada Oktober.

Turut dijangka diumumkan peranti-peranti untuk kegunaan di rumah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo