Oleh : Hidayah Azlin
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Sektor industri asas tani negeri melangkah setapak lagi bagi bergerak selari arus kemodenan masa kini apabila membangunkan pusat pemprosesan susu berteknologi moden di Jenang, Marang yang bakal beroperasi, tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pembinaan pusat pemprosesan yang pertama di Terengganu itu kini dalam proses terakhir untuk disiapkan.
"Pusat pemprosesan ini dijangka akan mula beroperasi pada awal 2019 yang akan berpusat di Pusat Pengembangan Veterinar di Jenang,Marang.
" Teknologi ini mampu dimanfaatkan lebih 30 orang penternak kambing tenusu di Terengganu", katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam facebook beliau.
Dr Azman berkata, itu menunjukkan usaha bai kkerajaan negeri untuk membantu pengusaha dan mengubah persepsi rakyat terhadap bidang itu bukan untuk golongan yang gagal.
Tambah beliau, pusat itu menggunakan teknologi yang diimport dari China dengan kapasiti pemprosesan sekitar 1,000 liter susu sehari.
Malah, katanya, ia juga akan mampu membantu lebih 30 orang penternak kambing tenusu di seluruh Terengganu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dapat memenuhi pasaran.
Sumber: https://www.teganukita.net/2019/01/pusat-proses-susu-teknologi-moden-akan.html
No comments
Post a Comment