oleh: HAJI AHMAI AMZAD HASHIM
Pada tahun 2014, atas kapasiti sebagai Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) , saya mengesyorkan agar negeri negeri pengeluar petroleum di Malaysia supaya bergerak secara kolektif dalam memperjuangkan hak dan kepentingan negeri dalam soal industri petroleum berkenaan.
Saya ketika itu adalah juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Minyak Terengganu "R TERENGGANU".
Isu industri petroleum bukan soal semata mata tuntutan beberapa peratus bayaran tunai dari jumlah hasil petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi negeri negeri berkenaan yang bukan diperolehi secara percuma oleh negeri negeri.
Ia bukan ehsan, sedekah, peruntukan dana khas dari persekutuan.
Ia adalah apa yang timbul dari perjanjian rasmi bertulis antara dua pihak, Kerajaan Negeri dan Petronas yang diselarikan dengan Akta akta yang digubal di Parlimen berkait Pembangunan Petroleum.
Ada give and take. Wang tunai dibayar sebagai balasan persetujuan negeri menyerahkan hak mengusahakan hasil petroleum didalam dan luar pesisir negeri berkenaan. Ia bukan percuma. Dalam terminologi undang undang, Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara dalam kertas seminarnya menggunakan istilah Royalti.
Semasa saya belajar kertas perakaunan dan undang komersil, Akta Kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia pun, ia selari dengan definisi 'royalti'.
Perjuangan secara bersendiri negeri negeri boleh diubah menjadi gerakan desakan yang lebih kukuh dan wajar dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan jika dibawa secara konsensus dan kolektif.
Politik petroleum perlu dihentikan. Diskriminasi oleh beza politik antara persekutuan dengan negeri hingga sengaja menubuhkan agensi lain bagi penyaluran bayaran royalti mewujudkan 2 kerajaan dalam satu negeri sehingga matlamat menjayakan perjalanan urusan mentadbir dan membangunkan negeri oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik menjadi terganggu.
Barisan Nasional melakukannya dan terbukti banyak penyelewengan berlaku. Laporan Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salah laku. Perbelanjaan yang tidak diaudit seperti sepatutnya. Wang negeri yang diboroskan untuk tujuan politik kepartian dalam siri gelombang biru. Wang negeri dibelanjakan untuk membiayai projek yang sepatutnya dibiayai peruntukan kerajaan persekutuan. Wang royalti negeri dibelanjakan dalam jumlah besar ke negeri negeri lain berbanding negeri berkenaan seperti lebih RM800juta wang royalti Terengganu digunakan untuk projek perumahan dinegeri lain sedangkan di Terengganu cuma sekitar RM100juta sahaja. Bagaimana wang royalti lebih RM1.8 billion digunakan untuk membiayai Lebuhraya Pantai Timur 2 yang sepatutnya dibiayai pusat. Begitu juga pembangunan Tasik Kenyir yang bernilai billion ringgit guna wang negeri sedangkan Wilayah KETENGAH sepatutnya menerima peruntukan Kementerian Luar Bandar seperti KESEDAR, KEJORA.
Kerjasama negeri negeri pengeluar petroleum boleh menuntut royalti, dasar pemusatan semua aktiviti industri petroleum hendaklah dibawa ke negeri pengeluar, isu kedaulatan perairan negeri masing masing.
Kerajaan perlu mula memikirkan bahawa dengan mengalih pusat pentadbiran, pengurusan, pembangunan industri upstream dan downstream petroleum ke wilayah negeri pengeluar akan melonjakkan pembangunan dan kemajuan wilayah berkenaan.
Terengganu, Kelantan dan Pahang di pantai timur semenanjung Malaysia adalah negeri pengeluar dengan beberapa oilfield sedang dicarigali oleh Pahang tidak termasuk Bertam yang sebenarnya jelas milik Terengganu. Ini negeri majoriti Islam, Melayu yang perlu segera dilonjakkan bagi mengimbangi jurang perbezaan taraf kemajuan dengan Pantai Barat yang selama ini difokuskan segala projek mega yang utama. Sabah dan Sarawak pun, turut sudah terlalu lama terpinggir.
Semoga dengan cara ini tidak perlu lagi rakyat berhijrah beramai ramai ke lembah Klang dan pantai barat yang lain untuk mencari kerja.
Masalah kesesakan penduduk, kesesakan jalanraya hingga perlukan projek seperti MRT yg bernilai hampir RM100billion, adalah kerana semua perkara mahu dibuat di Lembah Kelang.
HAJI AHMAI AMZAD HASHIM
AHLI PARLIMEN
KUALA TERENGGANU
14 Mei 2018

No comments
Post a Comment