Pensyarah
Kanan Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
(UUM), Md Shukri Shuib, berkata pakatan pembangkang tidak mengambil kira
situasi ekonomi semasa dalam merangka manifesto berkenaan.
“Ini
manifesto tak munasabah (dengan perancangan untuk menghapuskan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengawal harga barangan).
“Adakah
mereka mengambil kira situasi semasa ekonomi global? Bajet hampir
setiap negara terhad, jadi mereka ambil langkah meningkatkan pendapatan.
Ini termasuk Arab Saudi dan Singapura.
“Petanda
buruk buat Malaysia apabila ada parti menggunakan GST sebagai alat
politik. GST bukan ‘jentera’ politik untuk memancing pengundi. Ia
pendekatan ekonomi untuk menjana pendapatan bagi kebaikan rakyat dan
negara.
“Kerajaan
sekarang tidak hanya melaksanakan GST semata-mata, kerana pada masa
sama turut menawarkan pengecualian cukai dan subsidi tertentu untuk
meringankan beban rakyat,” katanya kepada NSTP, malam Jumaat.
Mengenai
perancangan PH untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti
termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Shukri berkata, semua
negeri adalah setaraf, justeru tidak perlu mengkaji semula perjanjian
itu.
Beliau berkata, ini membuktikan pakatan pembangkang cuba memecah-belahkan rakyat untuk memperoleh kuasa.
“Pakatan
Harapan tidak bertanggungjawab dan tidak layak mentadbir negara.
Manifesto mereka tidak mampu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
“Jika
sekalipun hendak memerintah, mereka patut mengkaji dulu keperluan
kerajaan, negara dan rakyat. Bukan terus saja melaksanakan 10 perkara
dalam tempoh 100 hari.
“Barisan
Nasional (BN) masih berupaya mentadbir negara kerana mereka tidak
berjanji melebihi kemampuan. Kerajaan BN tahu keperluan rakyat dan
melaksanakan pendekatan berdasarkan situasi ekonomi semasa, sekali gus
memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Sumber BHONLINE
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.