NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keahlian PAS makin berkembang


Bekerjalah, Adalah Kejayaannya.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
5/12/17

Teruskan buat kerja, usah peduli apa fitnah dan persepsi orang yang benci pada perjuangan PAS.  Emas yang tulin lagi dibakar dengan api yang kuat semakin terserlah ketulinannya.

Kita jangan pencen dan rasa penat buat kerja. Kita akan rasa segar apabila melihat hasilnya.  Kita tidak boleh hanya memasang angan-angan untuk kejayaan tanpa kita bekerja.

PAS sentiasa evergreen. Pemimpin boleh pergi dan datang.  Kekuatan PAS bukan kepada pemimpinnya, tetapi kepada dasar  Islam yang diperjuangkan. Ahli PAS tidak ada apa-apa kepentingan, kalau ada yang kianat kepada perjuangan PAS, sedikit pun tidak melunturkan semangat ahli.

Mereka sedar tidak ada apa yang mereka tuntut daripada PAS ketika mereka sertai PAS, kecuali mereka hendak PAS memperjuangkan Islam.  Selagi PAS tidak meninggalkan agenda perjuangan Islam mereka tetap istiqamah dengan PAS. 

Mereka tidak kisah kalau ada di kalangan pimpinan PAS yang meninggalkan PAS bersama elaun dan pencen yang diterima. Mereka tidak pernah serik dan menyesal terhadap apa yang berlaku. Walau pun mereka bergadai golok dan mencengkam mata untuk pastikan kemenangan dalam setiap kali pilihanraya. Prinsip mereka mengatakan bahawa PAS tidak susah  dan melarat malahan terus memacu ke hadapan. Perjuangan mesti diteruskan.

Inilah natijahnya. Pertambahan keahlian PAS 2013 - 2017

Tahun 2013 -14,544 orang
Tahun 2014 - 19,764 orang
Tahun 2015 - 41,431 orang
Tahun 2016 - 23,559 orang
Tahun 2017 - 41,813 orang

© all rights reserved
made with by templateszoo