NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Erdogan: Jangan berani isytihar Baitulmaqdis milik Israel'



PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran jika Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel. 

Menurutnya, beliau akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sekiranya Amerika Syarikat pengiktirafan tersebut.

Turki dan Israel memulihkan hubungan diplomatik tahun lepas, enam tahun selepas Turki memutuskan perhubungan dalam protes pembunuhan sembilan aktivis Turki Palestin dalam pertempuran dengan komando Israel di atas kapal yang cuba menghancurkan blokade Israel di Gaza. 

Dalam satu ucapan di televisyen, Erdogan berkata, Baitulmaqdis adalah garis merah buat umat Islam, lapor BBC. 

Ucapan secara langsung itu ditujukan kepada Trump.


“Kita boleh putuskan hubungan diplomatik dengan Israel mengenai isu ini,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Israel, Naftali Bennett berkata, Erdogan tidak melepaskan peluang untuk menyerang Israel. 

"Akan selalu ada yang mengkritik, tetapi pada akhirnya, penyatuan Baitulmaqdis lebih baik daripada simpati Erdogan,” katanya. 

Trump, pada Rabu akan mengumumkan keputusannya sama ada memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 

Trump dikatakan telah berbincang dengan beberapa pemimpin dunia sebelum pengumumannya berhubung perkara itu. 

Jurucakap Palestin berkata, Presiden Mahmoud Abbas telah memberitahu Trump bahawa memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem akan membawa kesan berbahaya. 

Raja Jordan Raja Abdullah turut berpandangan serupa berhubung kenyataan terbabit. 

Beliau memberitahu Trump bahawa pemindahan kedutaan itu akan membawa kesan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini.
© all rights reserved
made with by templateszoo