Oleh Mohd Khairul Anwar al-Idrus
Isu evangelisme timbul di Parlimen
Dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir, ahli-ahli parlimen PAN yang mesra DAP makin kuat menunjukkan kebolehan mereka menyerang.
Andaikata Melayu-Islam dilaga-lagakan sesama umat, yang untung pasti DAP.
Kenapa Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) diserang? Dalam hal ini, kita perhatikan sepanjang kempen dan kursus-kursus Transformasi Pemikiran Islamnya (TRAPI), badan tersebut cukup bersemangat mempertahan Islam sebagai “agama persekutuan”.
Bersama-sama agensi kerajaan seperti Jakim, Majlis-Majlis Agama Negeri (MAIN) dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Iksim menjadi sasaran pentaksub fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme.
Namun Iksim tidak dibiayai Jakim, menurut jawapan timbalan menteri (portfolio agama) Asyraf Wajdi Dusuki ketika menjelaskan di parlimen bahawa Iksim bebas dan berdiri sendiri.
Selaku seorang penyelidik dan bekas pensyarah, saya pernah berwacana dengan para pegawai Iksim serta ikuti gerakan tersebut secara dekat. Setakat yang saya tahu dan dimaklumkan, tidak pernah ada serangan sebegitu hebat dilakukan ke atasnya sebelum ini.
Malaysia is certainly not on the path towards secularism at any rate
Terkini Iksim disanggah bertubi-tubi semata-mata kerana komitmen berterusan CEO dan tenaga penggeraknya berusaha keras menjadikan ‘Daulat Islam Agama Negara’ (DIAN) sebagai dasar dan hala tuju.
Jika dikaji secara mendalam pendekatan dan aktiviti DIAN, model Iksim ini amat bertentangan dengan falsafah sekularisme dan liberalisme anutan DAP, dan pendekatan yang cuba diserapkan kepada puak-puak yang dipengaruhinya.
Jadi apa sebabnya Iksim menjadi tumpuan serangan pembangkang?
Kita tiada jawapan lain: Hanya mereka yang terkena tempias asakan Iksim pastinya terasa akan sengatannya. Pada hemat saya, felo utama Iksim Dr Kamarul Zaman Yusuff yang paling kerap dan teruk diserang DAP.
⇓ Tuntutan ‘Johor for Jesus‘
‘Save Malaysia‘ … selamatkan negara daripada apa?
Memang dapat diduga yang akhbar dikuasai barisan pengarang Kristian akan ke depan di medan ‘perang budaya’ bagi menegakkan konsep diversiti.
Ianya kolumnis The Star Shad Saleem Faruqi yang telah menulis “Iksim’s views paint Islam as a despotic and intolerant religion”. Prof. emeritus Shad berkata demikian dalam rencananya pada minggu lepas bertajuk ‘Religious radicalism on the rise’ (23 Nov 2017).
Beliau berkata kepelbagaian budaya dipandang Iksim sebagai ancaman kepada Islam dan negara. Tambahnya lagi, risalah Iksim yang diedarkan awal tahun ini (bulan Mac) pun menyebut “although Malaysians can embrace other religious faiths, the country is not duty bound to protect other religions”.
Hujah Iksim di atas cukup benar. Ia bukan merupakan tanggungjawab Malaysia untuk memberi perlindungan kepada agama yang melangkah seiring dengan ‘political Christianity’ yang dilaksana sebuah parti pembangkang.
Kita tidak bermasalah dengan penganut agama Hindu, Buddha, Kristian atau apapun kepercayaan warga, termasuk yang atheis, asalkan mereka tidak menghasut dan jangan melanggar undang-undang negara yang melarang golongan missionary mendakwah kepada orang Islam.
Rujuk Perkara 11(1) dan 11(4) perlembagaan persekutauan, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawah Perkara 121.
⇑ Minit 1:21 — “Digambarkan parti-parti politik tertentu menyokong wujudnya negara Kristian di Malaysia ini”
Apa itu ‘radical evangelism Christian state‘?
Politik serampang dua mata pembangkang sudah terang lagi bersuluh.
DAP diserapi sekian banyak evangelis dalam CECnya – sama ada ahli yang dipilih menerusi undi delegasi apatah lagi Kristian yang dilantik pimpinan tertinggi parti.
Berganding bahu dengan mereka dalam Pakatan Harapan ialah anggota-anggota PAN. Politikus Islam yang turun padang buat serangan terhadap musuh DAP.
Contohnya, YB Parit Buntar wakil PAN. Di sesi Okt-Nov 2017 sidang parlimen, Mujahid Yusuf menolak gambaran DAP boleh dikaitkan dengan bahaya “radical evangelism Christian state”.
Baiklah. Tetapi tidak wajar kita cepat menafikan isu begitu sahaja kerana perkara ini sudahpun dibangkitkan oleh ahli parlimen di dalam Dewan. Hasil risikan polis perlu dikhabarkan kepada awam.
Bagi kerajaan, timbalan menteri Kementerian Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed – yang juga YB Pulai wakil Umno – bersuara bahawa “keadaan terkawal” dan KDN sentiasa memantau apa-apa ancaman ke atas keselamatan negara.
Dalam senario lain yang berkaitan serangan ke atas Iksim, ahli parlimen Shah Alam menyaman CEO Iksim sebanyak RM1 juta baru-baru ini. YB Khalid Samad mendakwa beliau difitnah dalam satu pembentangan kertas kerja Iksim di sebuah masjid di Shah Alam.
Khalid memfailkan samannya pada bulan Oktober yang lalu seraya nasihatkan CEO Iksim Mahamad Naser Disa supaya baik berunding “daripada nak hadapi mahkamah dan dimalukan dalam mahkamah”.
Menariknya YB Shah Alam wakil PAN berkata jika Naser memohon maaf dan membayar RM1 juta, kes dikira selesai.
Naser membalas dengan berkata:
“Jika dia fikir surat tuntutan guaman ini seperti nyiru yang boleh digunakannya untuk menutup bangkai gajah hasil perlakuan dia dan rakan-rakannya, maka jelas ahli parlimen itu silap besar.
Menurut Naser, Khalid perlu menunjukkan bukti dia sokong RUU 355 terlebih dahulu, barulah beliau (Naser Disa) akan tarik balik kenyataan dan selesaikan kes ini.
Untuk maksud tulisan ini, netizen boleh membuka klip video di sini dan saksikan sendiri reaksi dan gelagat ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan di hujung perbahasan RUU355 sebagaimana dikatakan itu. Sila baca juga kenyataan Khalid berkenaan RUU 355.
Sekiranya DAP betul-betul mendokong Perkara 3 perlembagaan persekutuan sepertimana diuar-uarkan oleh parti dominan Kristian tersebut, kenapa pula DAP suka menyerang Asyraf yang mahu memperkasakan Islam dalam tadbir urus negara?
Turut dikritik ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana mempertahankan tindakan Jakim yang bertegas untuk mengekalkan syarat penceramah luar mempunyai tauliah sebelum dibenarkan menyampaikan ceramah atau syarahan umum secara terbuka.
#AWANInews Khalid Samad didapati bersalah mengajar tanpa tauliah https://t.co/0rIiw8ttb9 pic.twitter.com/8DYTEeEP8w— Astro AWANI (@501Awani) January 19, 2017
Nyiru mahu diguna untuk menutup bangkai gajah
Apakah “evangelisme Kristian radikal” wujud dan bertapak di Malaysia?
Perkara ini bukannya baru malah pernah didedahkan dalam dua buah buku berjudul Armies of God: A Study in Militant Christianity yang disusuli Sang Nila Utama (2010) and the Lion of the Judah (2015), karya seorang ahli akademik barat Iain Buchanan.
Dengan kata lain, gerakan evangelisme di Malaysia sudah diketahui umum dan didedahkan secara terbuka dalam media cetak dan internet sekian lama.
Iksim sendiri mendedahkan butir-butir gerakan evangelisme radikal berdasarkan maklumat terbuka di Internet, website Kristian dan buku-buku Kristian yang boleh dibeli orang ramai.
⇓ Salah satu video evangelis Kristian membawa pesanan ‘Bangkit’ demi menegakkan ‘kingdom’ Jesus
*Radikal Evangelis Malaysia Lancar Video Propaganda Perang : “Tuhan Akan Bangkitkan Tentera”*— Gerakan153 (@gerakan153) August 28, 2017
Ekstremis yang... https://t.co/qi1cVhAiTe
Nota: FGA merujuk kepada gereja Full Gospel Assembly
Banyak kandungan sebegini berada di laman Youtube secara terbuka bertahun-tahun lamanya meskipun ada sesetengah video dakwah Kristian yang dipadam setelah dikesan oleh pihak berkuasa.
Cuba anda renungi soalan ini: Pengikut radical evangelists ada di kalangan kelompok parti politik mana? Maklumat “gerakan evangelisme Kristian radikal” ini bukannya tidak boleh diselidik.
Kita menyeru pihak polis agar sentiasa berwaspada dengan aliran yang mahu ‘selamatkan negara’ (konon) dengan menubuhkan Christian state idaman mereka.
Evangelis berhimpun dan berkhutbah kepada para pengikut dengan semangat berkobar-kobar. Wajib ditanya, adakah di sebalik seruan untuk “claim the Kingdom of Glory” atau untuk “establish the Kingdom of God” tersirat satu niat menjatuhkan kedaulatan Islam?
Kita berpandangan pihak berkuasa keselamatan dan agama Islam mesti mula menyiasat evangelis secara mendalam dan menyeluruh.
Sumber: http://www.tanjak.my/isu-evangelisme-timbul-di-parlimen/
Sumber: http://www.tanjak.my/isu-evangelisme-timbul-di-parlimen/