NOTIS:
Ucapan Penggulungan Presiden PKR Hambar Hanya Berkisar Isu Sama
Post Oleh :
Pena rakyat
pada
5/24/2017 10:16:00 am
21 MEI: Tiada apa yang berbeza Kongres PKR kali ini dengan sebelumnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden parti terus bersandiwara di hadapan perwakilan serta pimpinan PH bagi meraih simpati tentang apa yang berlaku terhadap suaminya.
Penggulungan yang sepatutnya menjadi semangat untuk semua perwakilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bertukar menjadi lembam kerana Wan Azizah masih berada di takuk lama, terus bernostalgia supaya semua rakyat memikirkan kesedihan yang dialami Anwar.
Penggulungan yang sepatutnya memberi input yang lebih padat dan konsisten tentang pendirian PKR berhubung krisis dengan PAS juga tidak dirungkai dengan sebaiknya.
Malah apa yang berlaku, Presiden PKR mahupun timbalannya menjadi pengecut dan hanya bertindak untuk melengahkan masa dengan menjelaskan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat akan datang.
Sementelah, perwakilan yang menunggu pendirian parti berhubung isu tersebut masih tidak dijawab malah terus menimbulkan teka-teki sehingga sekarang.
Ini jelas, tiada langsung jalan penyelesaian yang diambil dan membiarkan PAS duduk sebumbung dengan PKR di Selangor meskipun telah bercerai.
Apa yang dilakukan Wan Azizah hanyalah menceritakan kepada umum tentang ‘kezaliman’ yang dibuat oleh kerajaan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azizah menjelaskan air matanya masih belum kering sehingga hari ini.
Dakwanya lagi, air mata tersebut bukan sahaja kerana suaminya, malah kononnya air mata itu masih lagi mengalir kerana belum ‘membebaskan’ rakyat daripada cengkaman kerajaan.
“Saya rasa saya belum buat sepenuhnya untuk bebaskan rakyat dan bebaskan suami saya, ini yang saya rasa tangisan itu tidak habis.
“Tapi saya tak nak semua orang tangis kerana kita. Kita mesti keringkan air mata terus semangat smpai akhir hayat ini,” kata Wan Azizah dalam sesi penggulungan.
Persoalan paling asas, bagaimana PKR ingin menyelesaikan kemelut yang berlaku di Selangor sedangkan pentadbiran negeri yang kecil itu pun tidak mampu diselesaikan dengan baik?
Bagaimana pula keadaan dan nasib yang bakal menimpa PAN dan PPBM yang merupakan parti baharu apabila PKR menyatakan pendirian untuk tidak mahu menyerahkan 30 kerusi mereka kepada rakan pembangkang lain.
Adakah DAP terpaksa menggadaikan kerusi mereka hanya untuk kedua-dua parti ini atau kesemua gabungan parti pembangkang tidak lagi menjadi satu pakatan, malah akan lebih berantakan.